Kerjaya dan minat .

Every patient has their own story .


Do you know what is schizophrenia ?
Schizophrenia is when you had a nightmare ! jawapan seorang patient apabila aku buat psychoeducation . Setiap patient ni ada kisah disebalik penyakit mental diorang ni .

Assalamualaikum , im on my third year haaa dah last year ni alhamdulillah mampu survive sampai tahun tiga . Currently on my clinical placement - HBUK . Awal sem hari tu praktikal physical dulu dekat HSI . I do hate hospital  a lot or shall i say , physical placement -,- Maybe sebab kehilangan tu baru lagi  , jadi nak tengok muka patient pun tak dapat . pergi je ward mesti teringat arwah ayah . Sebak tu sebak . Masa awal awal praktikal physical , aku sampai terfikir kalau aku habis kontrak satgi , ak berhenti kerja kerajaan , habistu nak cari kerja lain hahahahha sampai macam tu sekali dok fikir hmmmm kehilangan tu terasa . sangat .

After 7 weeks in physical placement , puhhh lega mampu survive . sekarang ni praktikal psychiatric , sampai ke kita jadi sakit mental kahkahhhh tapi seriously i do have fun ! Seronok apa layan patient , penat , habis duit tu perkara biasa bila posting psychiatric . Tinggal lagi 8 bulan je lagi nak grad dan tak sangka masa cepat sangat berlalu .

Ada satu hari ni , tiba tiba patient ni tarik tangan aku gi padang . aku tanya lah nak buat apa gi pdang , panaihh ni awak oi . dia balas " jom la cikgu pergi kutip kepala orang putus dekat padang sana " .

Ada satu hari ni . masa buat grooming activities , aku tolong patient basuh rambut . Lepas tu dia cakap " Terima kasih mak sebab tolong cuci rambut saya " .

Ada satu hari , aku tanya patient ni kenapa dia pakai walkers . accident ke ? Lepas tu dia balas " saya patah kaki patah tulang pinggul sebab saya terjun kondo , suara suruh "

Ada satu hari , masa pergi home visit , ada patient ni dia pandang je aku . Lepastu dia tanya " awak ada dengar suara jahat jugak ke ? "

Ada satu hari masa pergi ward , ada sorang patient ni tegur lepastu aku buat tak layan je . Dia marah lepas tu dia cakap " saya ada cable besar dalam Ministry of health , Dato S. Subramaniam tu kawan baik saya "

Ada satu hari , patient ni tak boleh nak buat aktiviti yang aku sedia padahal hari hari sebelum ni boleh je buat . aku tanya kenapa tak buat . dia balas " setan ni pegang tangan sy , tak bg sy buat "

Ada satu hari aku buat aktiviti make up patient . Ada sorang patient ni datang dekat aku lepas tu dia cakap " tak baik pakai lipstikkkkk , berdosa tuhan marah " 


Itu saja perkongsian sepanjang 4 bulan ni hahahaha . I do enjoy my sem five posting ! Dan kepada yang komen post pasal SPA , do email me sebab saya jarang bukak blog ni . Email insyaAllah akan dibalas asap .email ; syanajib@yahoo.com .

Stay tunned ! Assalamualaikum babaii


- Block F , Aras 3 bilik 156 , Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah .

No comments:

Post a Comment